ABOUT OWNER
Selamat Sejahtera duhai Manusia sekalian,
Namaku Rashidah. bintinya Abd Rashid. aku wanita akhir zaman yang tidak lekang dari dosa-dosa. Kini, sudah 13 tahun aku menetap di Bumi Allah yang nian indah ini. Tetapi amal aku tidakla sebanyak mana. dosaku bertimbun-timbun. Namun, Allah S.W.T. yang Maha Baik memberiku nikmat yang bermacam-macam & antara nikmat yang paling besar dikurniakan buatku adalah Menjadi seorang Muslim. Selain itu, aku bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang baik-baik. Bapaku seorang yang penyayang & pemurah. Ibu-ibuku pula baik hati & sabar melayan karenah aku & adik-adik.
Lahir dari keluarga yang sederhana, aku merupakan anak sulong dari 7 adik-beradik. Adik-adikku semuanya laki-laki. Aku seorang sahaja yang lain jantina. Kekadang sunyi juga apabila tiada peneman untuk meluahkan perasaan & bertukar cerita. Tetapi tidak mengapa, aku mempunyai teman-teman yang sudi berkawan dengan aku. Menjadi penemanku ketika susah & senang. Terima kasih Tuhan :)
ABOUT BLOG
Blog ini sudah wujud sejak tahun lepas yakni Tahun 2012. Aku mula aktif
blogging semenjak naik ke Tingkatan 1. Tujuan sebenar aku mencipta blog sendiri adalah untuk suka-suka. Blog ini dianggap sebagai
Online Diary gituu. Tetapi lama-kelamaan penulisan aku semakin matang dan kurang merapu berbanding dulu. Alhamdulillah ;~;
Selain itu, aku menyediakan ruang
tutorial untuk para
bloggers. Insha allah dengan IzinNya, moga-moga ianya dapat membantu para bloger di luar sana untuk memahami ilmu
HTML.
Tegurlah aku jika aku silap. Nasihatilah aku jika aku jahil.
Bold, Italicized, Underline & Strike